Seorang lelaki berada di sisi beliau dan berkata, “Aku tidak ingin menjadi golongan kanan, aku ingin termasuk golongan muqarrabun saja.” Abdullah berkata, “Bahkan disini ada orang yang apabila meninggal nanti tidak ingin dibangkitkan.”
Suatu saat beliau keluar dan diikuti oleh beberapa orang. Beliau bertanya kepada mereka, “Adakah kalian memiliki kepentingan sehingga mengikutiku?” Mereka menjawab,”Tidak ada, kami hanya ingin berjalan bersama anda.” Abdullah berkata, “Kembalilah kalian, sesungguhnya yang demikian ini menyebabkan hina bagi yang mengikuti dan fitnah bagi yang diikuti.” Abdullah berkata, “Seandainya kalian mengetahui apa yang ada pada diriku sebagaimana yang aku ketahui tentang diriku, nescaya akan kalian taburkan tanah di kepalaku.” Abdullah berkata, “Barangsiapa mengerjakan kebaikan, nescaya Allah akan memberi kebaikan kepadanya dan barangsiapa menjaga diri dari kejahatan, nescaya Allah akan menjaganya.”
Orang-orang yang bertakwa adalah pemuka, para ahli fiqih adalah pemimpin, bergaul dengan mereka akan menambah kebaikan.”
Sebaik-baik perkara yang dibenci adalah kematian dan kefakiran.
Demi Allah tidak ada lain kecuali kaya atau miskin. Aku tidak peduli, dengan yang mana aku diuji. Aku hanya berharap kepada Allah dalam keadaan kaya atau miskin. Bila kaya, semoga Allah memberiku kedermawanan. Apabila fakir, semoga Allah memberiku kesabaran.
Selagi engkau dalam shalat, bererti engkau sedang mengetuk pintu Raja. Barangsiapa mengetuk pintu Raja, nescaya akan dibukakan baginya.
Bila zina dan riba telah dilakukan dengan terang-terangan di suatu desa, petanda akan datang kehancurannya.
Carilah hatimu di tiga tempat, saat mendengar Al-Qur’an, di tempat majlis zikir dan saat-saat menyendiri. Bila engkau tidak mendapatinya, maka mohonlah kepada Allah agar Dia menganugerahkan hati (yang baru) kepadamu, kerana sesungguhnya engkau sudah tidak lagi memiliki hati.
Tiada sesuatupun di muka bumi yang lebih perlu untuk lama dipenjara daripada lisan.
Ilmu bukanlah kerana banyaknya menghafal riwayat, akan tetapi ilmu adalah rasa takut.
Setiap pandangan yang haram adalah santapan bagi syaitan
Sudah sepantasnya bagi pembawa Al-Qur’an menghidupkan malamnya di saat manusia tidur, puasa di siang hari di saat manusia berbuka, menunjukkan kesedihannya saat manusia bersenang-senang, menangis di saat manusia tertawa, diam saat manusia banyak bicara, khusyu’ saat manusia sombong. Hendaknya seorang pembawa Al-Qur’an sentiasa menangis, sedih, bijaksana, lemah lembut dan tenang. Dan tidak sepantasnya seorang pembawa Al-Qur’an itu keras hati, lalai, banyak bicara dan kasar.
Bersama kegembiraan pasti ada kesedihan. Tiada rumah yang mendapatkan kenikmatan, melainkan mendapatkan pula pelajaran. Masing-masing kalian adalah tamu, sedangkan hartanya adalah pinjaman. Setiap tamu akan segera pulang, sedangkan pinjaman dikembalikan kepada pemiliknya.
Diambil dari: Menjadi Kekasih Allah, Bersama Pakar Rohani Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah, Penerbit Pustaka At-Tibyan.
Banyak hadith Rasulullah SAW yang mendorong untuk menghafal al-Quran, atau membacanya di luar kepala, sehingga hati seorang individu Muslim tidak kosong dari sesuatu bahagian dari kitab Allah SWT.
Sepertiman dalam hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas secara marfu`:
“Orang yang tidak mempunyai hapalan Al Quran sedikitpun adalah seperti rumah kumuh yang mauh runtuh”.
Dan Rasulullah SAW memberikan penghormatan kepada orang-orang yang mempunyai keahlian dalam membaca al-Quran dan menghafalnya, memberitahukan kedudukan mereka, serta mendahulukan mereka dibandingkan orang lain.
Dari Abi Hurairah r.a. ia berkata: Rasulullah SAW mengutus satu utusan yang terdiri dari beberapa orang. Kemudian Rasulullah SAW menguji kemampuan membaca dan hafalan al-Quran mereka: setiap laki-laki dari mereka ditanyakan sejauh mana hafalan al-Qurannya. Kemudian seseorang yang paling muda ditanya oleh Rasulullah SAW : “Berapa banyak ayat al-Quran yang telah engkau hafal, hai fulan?” ia menjawab: aku telah hafal surah ini dan surah ini, serta surah al- Baqarah. Rasulullah SAW kembali bertanya: “Apakah engkau hafal surah al- Baqarah?” Ia menjawab: Betul. Rasulullah SAW bersabda: “Pergilah, dan engkau menjadi ketua rombongan itu!”. Salah seorang dari kalangan mereka yang terhormat berkata: Demi Allah, aku tidak mempelajari dan menghafal surah al- Baqarah semata kerana aku takut tidak dapat menjalankan isinya. Mendengar komentar itu, Rasulullah SAW bersabda: “Pelajarilah al-Quran dan bacalah, kerana perumpamaan orang yang mempelajari al-Quran dan membacanya, adalah seperti tempat bekal perjalanan yang diisi dengan minyak wangi, wanginya menyebar ke mana-mana. Sementara orang yang mempelajarinya kemudia ia tidur –dan dalam dirinya terdapat hafalan al-Quran adalah seperti tempat bekal perjalanan yang disambungkan dengan minyak wangi”.
Jika tadi kedudukan pada saat hidup, maka saat matipun, Rasulullah SAW mendahulukan orang yang menghafal lebih banyak dari yang lainnya dalam kuburnya, seperti terjadi dalam mengurus syuhada perang Uhud. Rasulullah SAW mengutus kepada kabilah-kabilah para penghafal Al Quran dari kalangan sahabat beliau, untuk mengajarkan mereka faridhah Islam dan akhlaknya, kerana dengan hafalan mereka itu, mereka lebih mampu menjalankan tugas itu. Di antara sahabat itu adalah: tujuh puluh orang yang syahid dalam kejadian Bi`ru Ma`unah yang terkenal dalam sejarah. Mereka telah dikhianati oleh orang-orang musyrik.
Dari Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Penghafal Al Quran akan datang pada hari kiamat, kemudian al-Quran akan berkata: Wahai Tuhanku, bebaskanlah dia, kemudian orang itu dipakaikan mahkota karamah (kehormatan), al-Quran kembali meminta: Wahai Tuhanku tambahkanlah, maka orang itu dipakaikan jubah karamah. Kemudian Al Quran memohon lagi: Wahai Tuhanku, redhailah dia, maka Allah SWT meredhainya. Dan diperintahkan kepada orang itu: bacalah dan teruslah naiki (darjat-darjat surga), dan Allah SWT menambahkan dari setiap ayat yang dibacanya tambahan ni`mat dan kebaikan”.
Balasan Allah SWT di akhirat tidak hanya bagi para penghafal dan ahli al-Quran saja, namun cahayanya juga menyentuh kedua orang tuanya, dan ia dapat memberikan sebahagian cahaya itu kepadanya dengan berkat al-Quran.
Dari Buraidah ia berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa yang membaca al-Quran, mempelajarinya dan mengamalkannya, maka dipakaikan mahkota dari cahaya pada hari Kiamat, cahayanya seperti cahaya matahari, kedua orang tuanya dipakaikan dua jubah (kemuliaan), yang tidak pernah didapatkan di dunia, keduanya bertanya: mengapa kami dipakaikan jubah ini: dijawab: “kerana kalian berdua memerintahkan anak kalian untuk mempelajari al- Quran”.
Kedua orang itu mendapatkan kemuliaan dari Allah s.w.t, kerana keduanya berjasa mengarahkan anaknya untuk menghafal dan mempelajari al-Quran sejak kecil. Dan dalam hadith terdapat dorongan bagi para bapa dan ibu untuk mengarahkan anak-anak mereka untuk menghafal al-Quran sejak kecil.
Ibnu Mas`ud berkata:
“Rumah yang paling kosong dan lengang adalah rumah yang tidak mengandungi sedikitpun bahagian dari Kitab Allah SWT ”.
Dan pengertian kata “ashfaruha” adalah: yang paling kosong dari kebaikan dan berkat. Al-Munziri meriwayatkan dalam kitab At Targhib wa At Tarhib dengan kata: “ashghar al buyut” dengan ghain bukan fa. Dan maknanya adalah: rumah yang paling hina kedudukannya, dan paling rendah nilainya.
ISLAM adalah agama yang hakiki dan realiti, bukannya agama khayalan atau melawan arus fitrah insan. Oleh yang demikian, Islam tidak menafikan terdapat di sana perkara-perkara yang dikasihi, disukai dan dicintai oleh manusia kerana ia sememangnya merupakan kecenderungan dan fitrah setiap insan.
Maka seorang manusia itu akan mengasihi keluarga, harta dan tempat kediamannya. Namun, tidak sepatutnya terdapat sesuatu di dunia dan akhirat lebih dikasihi daripada kecintaan terhadap ALLAH dan Rasul. Jika berlaku sedemikian, maka dia adalah orang yang kurang imannya dan wajib dia berusaha untuk menyempurnakan keimanannya. ALLAH SWT telah berfirman yang bermaksud:
“Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada ALLAH.” (al- Baqarah: 165)
Dunia hari ini menyaksikan umat Islam tidak lagi menjulang cinta kepada ALLAH sebagai cinta yang utama, tidak lagi mahu bermujahadah mengejar cinta Khaliqnya. Sebaliknya, sentiasa bersemangat dan memperjuangkan cinta kepada dunia dan hamba-hamba dunia.
Huluran Cinta Allah dan Cinta Rasul
APABILA rakyat mencintai rajanya, hal itu perkara lazim dilakukan. Bagaimanapun, suatu hal sungguh menyentuh hati ialah apabila seorang raja mengasihi rakyat tanpa pilih kasih. Sanggup berdebu dan menjejak tanah, memberi apa diminta dan mendengar setiap rintihan dengan hati paling lembut kepada rakyat.
Lebih hebat lagi cinta Allah kepada hamba-Nya. Allah Yang Maha Agung dan Perkasa itu mengisytiharkan kedudukannya yang amat dekat kepada hamba-Nya. Firman Allah bermaksud:
“Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia meminta kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)
Rasulullah SAW juga sangat mencintai umatnya dan sentiasa mendoakan mereka. Diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Aisyah berkata:
Tatkala saya melihat Nabi SAW berada dalam keadaan baik, saya berkata, “Wahai Rasulullah! Doakanlah untuk saya.” Rasulullah SAW pun mendoakan, “Ya Allah! Ampunilah dosa Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang.” Mendengarnya, Aisyah ketawa gembira sehingga kepalanya jatuh ke ribanya kerana terlalu gembira. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Adakah doa saya menggembirakan kamu?” Aisyah menjawab, “Kenapa tidak, saya begitu gembira dengan doamu itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah! Inilah doa yang saya panjatkan untuk umat saya dalam setiap solat.”
Huluran Cinta Allah dan Rasulullah bukan untuk dibalas tetapi untuk disyukuri dan diteladani. Mensyukuri cinta Allah dan meneladani cinta Baginda SAW membawa bahagia hingga ke syurga. Orang yang berakal dan mempunyai hati yang sejahtera, menghargai pemberian dan kasih sayang yang diberikan kepadanya dengan sebaik mungkin dan membalas kasih sayang dengan kasih sayang serta ketaatan yang tidak berbelah bahagi. Demikian itulah keikhlasan dalam bercinta.
Mudah terucap, Sukar direalisasikan.
Ungkapan cinta sudah tidak asing lagi ditelinga kita. Apatah lagi di kalangan remaja kerana sudah menjadi tanggapan umum bahawa cinta bermaksud rasa sepasang merpati dua sejoli yang mabuk dilanda asmara.
Bila menyebut tentang cinta,seringkali yang terbayang di kepala kita adalah pasangan-pasangan kekasih sehidup semati ‘Romeo and Juliet’, ‘Laila dan Majnun’, ‘Uda dan Dara, dan sebagainya. Pengorbanan yang mereka lalui dalam merealisasikan cinta mereka menjadi pujian yang tidak berkesudahan.
Jalaluddin ar-Rumi menggambarkan mengenai keindahan dan keasyikannya cinta itu, sehingga syaitan pun dianggap bidadari. Yang pasti, sudah ramai orang yang berbahagia kerana cinta, namun tidak kurang juga yang menderita kerana penangan cinta. Cinta dapat membuatkan seseorang itu menjadi mulia, dan cinta juga berupaya menjerumuskan seseorang itu ke lembah yang paling hina.
Cinta yang Mulia VS Cinta yang Hina.
“CINTA” dari segi bahasa bermaksud kecenderungan. Berpandukan kepada maksud ini dapatlah didefinisikan sebagai “kecenderungan yang kuat terhadap sesuatu yang disayangi sehingga membuatkan seseorang itu sentiasa membayanginya, menyebut namanya, rela berkorban deminya, menerima sepenuh hati segala yang ada pada insan yang dicintainya itu walaupun terdapat kekurangan padanya dan meluahkan semuanya melalui ungkapan kata-kata dan perbuatan.
Namun, dalam meletakkan cinta itu pada landasan yang betul memerlukan kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh pencipta cinta itu sendiri. Seseorang yang memiliki sebuah kereta pastinya memerlukan garis panduan atau kaedah penggunaan yang betul dari syarikat pengeluar kereta tersebut agar dapat mengelakkan daripada penyalahgunaan yang boleh mengundang musibah kemalangan yang mungkin saja akan membinasakan dirinya bahkan juga mampu membinasakan orang lain.
Begitu pula gambaran sebuah api pelita yang menyala dengan bantuan minyak ia akan terus menyala dan menerangi sekelilingnya. Namun pelita ini memerlukan kepada cermin yang dapat melindungi api nyalaan untuk terus menyala dan menerangi sekeliling. Tanpa cermin, nyalaan pelita mungkin akan padam dan kegelapan mengisi kekosongan atau mungkin juga bakal menyebabkan kebakaran yang akan memusnahkan sekeliling tanpa disedari.
Demikianlah jua dengan setiap diri manusia yang memiliki perasaan cinta “Ingin mencintai dan dicintai” hasil kurniaan Allah s.w.t. Keselamatan dan kemuliaan cinta itu akan dicapai melalui panduan yang digariskan pencipta cinta itu sendiri sebagaimana kereta yang dicipta pasti seiring dengan penciptaanya diwujudkan garis panduan menggunakannya agar terpelihara keselamatan dan menghindarkan kerosakan. Begitu pula cinta itu harus ada pendidingnya agar faedahnya tidak berubah menjadi musibah sebagaimana gambaran sebuah api pelita tadi. Semuanya ini pasti memerlukan ketelitian dan kefahaman yang dapat dipelajari daripada pencipta kepada benda-benda tadi.
Bila mana kita katakan cinta itu kurniaan dan ciptaan Allah s.w.t. adalah wajar kita mengikut garis panduan yang Allah tetapkan melalui panduan kitab-Nya (al-Quran) dan teladan serta tunjuk ajar daripada Rasulullah s.a.w. dalam mengambil hikmah dari kewujudannya disitulah letaknya keselamatan dan kemuliaan. Namun apabila kita mengenepikannya dengan menuruti jejak langkah syaitan dan dorongan hawa nafsu. Ketahuilah, kita berada di ambang kehinaan yang bakal mengundang musibah dan kerosakan pada diri kita dan orang lain samada semasa hidup di dunia bahkan jua di akhirat kelak.
Cinta yang hakiki dan sejati
Carilah cinta sejati, di lautan cinta berbahterakan taqwa berlayarkan iman yang dapat melawan gelombang syaitan dan hempasan nafsu. InsyaAllah kita akan sampai kepada tujuan dijadikan perasaan cinta itu iaitu cinta kepada Allah s.w.t. Itulah cinta hakiki yang kekal selama-lamanya.
Adapun cinta kepada makhluknya, pilihlah cinta yang hanya berlandaskan cinta kepada Allah dan Rasulnya agar dapat melabuhkan bahtera yang digunakan untuk melayari lautan dunia di pelabuhan redha Allah s.w.t. Demikian itulah ‘Ubudiyah kita kepada Allah sebagaimana yang diperintahkan-Nya.
“Ya Allah, Kurniakanlah kepada kami CintaMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu dan apa saja yang mendekatkan kami kepada cintaMU…” Aameen…