Saturday, July 3, 2010

FATIHATUL KALAM...


Bismillahirrahmanirrahim,

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Memulakan sesuatu dengan nama Allah itu merupakan satu adab yang diwahyukan oleh Allah s.w.t. kepada Rasul-Nya dalam ayat pertama yang diturunkan...

"Bacalah! dengan nama Tuhanmu yang menciptakan" (al-'Alaq : 1)

Segala puji bagi Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Pemberi Anugerah. Dialah yang memiliki kekayaan, keagungan dan kebaikan yang telah memberikan kepada kita petunjuk agart selalu beriman. DIA melebihkan agama Islam berbanding agama lainnya dan memberi kita anugerah yang amat besar melalui utusannya yang paling mulia dan utama di sisi-Nya yang juga merupakan kekasih dan khalil-Nya, hamba dan Rasul-Nya iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Dengan perantaraan kekasih-Nya ini, Allah menghapuskan penyembahan terhadap berhala-berhala tak berdaya serta memuliakannya dengan al-Quran sebagai mukjizat yang kekal zaman berzaman. Dengan al-Quran, Allah mengajar seluruh makhluk, manusia, dan jin serta mendiamkan orang-orang yang menyimpang dan sombong bahkan menjadikannya penyubur bagi hati orang-orang yang masih celik mata hati dan makrifatnya kepada Allah s.w.t.

ketahuilah! al-Quran tidak akan pernah menjadi usang, meskipun selalu diulang-ulang atau melalui fasa peredaran dan perubahan zaman. Bahkan Allah memudahkannya untuk diingat dan dihafal oleh anak-anak kecil serta menjamin keasliannya dari segala bentuk perubahan dan penyelewengan. Demikianlah al-Quran akan sentiasa terpelihara...

Justeru, hakikat kemuliaan hidup di dunia dan di akhirat adalah dengan berpegang teguh kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

"Bila nadi sang bayi mula berdenyut, kita memohon kepada Allah supaya mengizinkan ia terus berdenyut agar ia membesar dan terus membesar menjadi orang dewasa dalam didikan dan suluhan al-Quran yang bakal menjadi darah dagingnya sehinggalah ia menjadi al-Quran yang berjalan..."

Demikianlah inisiatif yang cuba diusahakan oleh Kelab Nadi Huffaz Unisza melalui medium ini untuk membangkitkan dan menyegarkan kembali masyarakat agar kembali mendekatkan diri dan beramal dengan al-Quran dan as-Sunnah kerana ianya adalah ikatan yang akan dapat mengeratkan hubungan diantara makhluk kepada Khaliqnya...

VISI
ke arah melahirkan generasi yang berpegang teguh dengan ajaran islam mengikut lunas-lunas al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi sumber rujukan syariat Islam.

MISI
1. Menerapkan nilai-nilai Islam mengikut perspektif al-Quran dan as-Sunnah
2. Memberi pendedahan secara holistik tentang apa yang ada dalam al-Quran.
3. Memupuk ajaran akhlak yang terbaik mengikut akhlak Rasulullah s.a.w.....


No comments:

Post a Comment